Frage 1
Frage
Apakah sebab utama yang menyebabkan pelantikan Tun Mutahir tidak disenangi oleh para pembesar Melayu?
Frage 2
Frage
Bendahara Tun Perak telah diganti oleh Tun Mutahir. Kenapakah pembesar tempatan tidak berpuas hati dengan pentadbiran Tun Mutahir?
Antworten
-
Tun Mutahir kurang berwibawa
-
Tun Mutahir bersikap pilih kasih
-
Tun Mutahir memonopoli ekonomi
-
Tun Mutahir kurang berpengalaman
Frage 3
Frage
Sultan Mahmud telah menjatuhkan hukuman ke atas Tun Mutahir dan keluarganya. Kenapa Sultan bertindak demikian?
Frage 4
Frage
Pernyataan di atas berkaitan dengan keadaan pemerintahan di Melaka di bawah kedua-dua pemimpin tersebut. Apakah kesannya?
Antworten
-
Melaka diancam oleh Acheh
-
Melaka kehilangan tanah jajahan
-
Melaka mengalami masalah ekonomi
-
Amalan rasuah dan fitnah-memfitnah berleluasa
Frage 5
Frage
Selepas kematian Bendahara Tun Perak, pedagang kurang mengunjungi pelabuhan Melaka. Apakah punca utama keadaan ini?
Antworten
-
Kadar cukai yang tinggi
-
Ancaman lanun dan kuasa asing
-
Pelabuhan Melaka tidak selamat
-
Pelabuhan Melaka tidak strategik
Frage 6
Frage
Apakah kesan terpenting pelantikan Bendahara Tun Mutahir oleh Sultan Mahmud Syah?
Antworten
-
Melaka diancam oleh Portugis
-
Empayar Melaka semakin luas
-
Menimbulkan masalah perpaduan
-
Melaka semakin maju dan makmur
Frage 7
Frage
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah wujud persaingan antara orang Melayu dan orang India Muslim. Apakah yang menimbulkan persaingan ini?
Antworten
-
Ancaman Portugis
-
Kemerosotan Melaka
-
Pemberontakan rakyat
-
Mengukuhkan pengaruh
Frage 8
Frage
Kelemahan askar Melaka merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejatuhan Melaka. Apakah kelemahan-kelemahan yang dimaksudkan?
I Menggunakan senjata tradisional
II Tidak mempunyai senapang dan meriam
III Askar upahan Melaka dari Jawa telah melarikan diri
IV Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur lengkap
Antworten
-
I, II dan III
-
I, II dan IV
-
I, III dan IV
-
II, III dan IV
Frage 9
Frage
Apakah peristiwa-peristiwa yang telah menjejaskan keutuhan Melaka dari segi pentadbiran dan perdagangan?
I Pelantikan Tun Mutahir
II Amalan pilih kasih
III Persaingan pembesar
IV Serangan Portugis
Antworten
-
I, II dan III
-
I, II dan IV
-
I, III dan IV
-
II, III dan IV
Frage 10
Frage
Slogan di atas digunakan oleh Putera Henry untuk
Frage 11
Antworten
-
Putera Henry
-
Vasco da Gama
-
Lopez de Sequeira
-
Bartholomew Diaz
Frage 12
Frage
Salah satu sebab yang mendorong penjelajahan orang Portugis ke Timur ialah faktor agama. Di antara berikut yang manakah berkaitan dengan faktor tersebut?
I Keinginan meneruskan Perang Salib
II Menghancurkan kerajaan Islam di Timur
III Menyebarkan agama Kristian di Timur
IV Membentuk masyarakat yang bertamadun
Antworten
-
I, II dan III
-
I, II dan IV
-
I, III dan IV
-
II, III dan IV
Frage 13
Frage
Kenapakah Portugis berhasrat untuk menguasai Selat Melaka yang berperanan sebagai jalan utama perdagangan?
Antworten
-
Mengawal ancaman lanun
-
Menjamin keselamatan Melaka
-
Memonopoli perdagangan rempah
-
Menguasai kerajaan di Kepulauan Melayu
Frage 14
Frage
Pada awalnya Sultan telah menyambut baik Lopez de Sequeira dan rombongannya. Mengapakah baginda kemudiannya mengarahkan supaya orang Portugis ditangkap?
Antworten
-
Mereka tidak menghadap sultan
-
Mereka tidak menghormati peraturan di Melaka
-
Mahu bersikap berwaspada dengan orang asing
-
Mendapat maklumat bahawa mereka ingin menguasai perdagangan
Frage 15
Frage
Apakah tindakan yang diambil oleh Portugis apabila mendapat berita tentang tindakan Sultan Mahmud Shah menangkap rombongan orang Portugis?
Antworten
-
Menghantar angkatan tentera laut
-
Membuat pakatan dengan Acheh
-
Menangkap Sultan serta pembesar Melaka
-
Menghantar rombongan mencari perdamaian
Frage 16
Frage
Sebaik sahaja tiba di Melaka, Alfonso de Albuquerque telah membuat beberapa tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang dituntut oleh Alfonso de Albuquerque?
I Pembebasan tawanan Portugis
II Meminta ganti rugi
III Meminta untuk mendirikan kubu di Melaka
IV Menuntut Sultan Mahmud untuk turun takhta
Antworten
-
I, II dan III
-
I, II dan IV
-
I, III dan IV
-
II, III dan IV
Frage 17
Frage
Sebaik sahaja tiba di Melaka, Alfonso de Albuquerque telah membuat beberapa tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah.
Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah terhadap tuntutan-tuntutan tersebut ?
Antworten
-
Menolak semua tuntutan tersebut
-
Cuba berunding dengan pihak Portugis
-
Meminta bantuan kerajaan Melayu yang lain
-
Meminta supaya kedaulatan Melaka dihormati
Frage 18
Frage
Apakah kesan terpenting tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah untuk menangkap orang Portugis?
Antworten
-
Sultan berundur
-
Portugis mengalah
-
Perdamaian dicapai
-
Melaka telah diserang
Frage 19
Frage
Semasa Portugis menyerang Melaka, semangat perjuangan askar Melaka membara. Apakah faktor utama yang mendorong semangat mereka?
Antworten
-
Dijanjikan ganjaran yang lumayan
-
Kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
-
Rakyat bersatu hati menentang Portugis
-
Sultan Ahmad turut-serta menentang Portugis
Frage 20
Frage
Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah sebaik sahaja Melaka ditawan oleh Portugis?