BAHAN KIMIA DALAM INDUSTRI

Description

Mind Map on BAHAN KIMIA DALAM INDUSTRI, created by ﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞ ﱞﱞﱞ on 19/09/2014.
ﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞ ﱞﱞﱞ
Mind Map by ﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞ ﱞﱞﱞ, updated more than 1 year ago
ﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞ ﱞﱞﱞ
Created by ﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞﱞ ﱞﱞﱞ about 10 years ago
143
1

Resource summary

BAHAN KIMIA DALAM INDUSTRI
  1. Asid Sulfurik
      1. Proses Sentuh
        1. Bahan mentah yang diperlukan
          1. Sulfur dalam bentuk cecair, udara dan air.
          2. Maksud
            1. Proses Sentuh adalah bertujuan untuk menghasilkan asid sulfurik.
            2. Proses Penyediaan
              1. 1. Sulfur dalam bentuk cecair dibakar dalam udara untuk menghasilkan sulfur dioksida. S + O2 --------------> SO2
                1. 2. Sulfur dioksida dicampur dengan oksigen untuk menghasilkan sulfur trioksida. 2SO2 + O2 --------------> 2SO3
                  1. Suhu: 400C - 450C Tekanan: 1 atmosfera Mangkin: Vanadium(V) Oksida V2O5
                  2. 3. Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum. H2SO4 + SO3 --------> H2S2O7
                    1. 4. Oleum ditambahkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik. H2S2O7 + H2O ----------> 2H2SO4
                      1. * Oleum dihasilkan sebagai hasil perantaraan kerana melarutkan sulfur trioksida secara terus ke dalam air adalah amat berbahaya kerana proses ini akan membebaskab banyak haba. (walaupun asid sulfurik boleh dihasilkan sebegitu).
                        1. * Tindak balas penghasilan sulfur trioksida daripada sulfur dioksida adalah satu tindak balas berbalik. Maka suhu, tekanan, mangkin dan nisbah bahan tindak balas adalah amat penting demi memaksimumkan kuantiti sulfur trioksida yang terhasil.
                    2. Sejarah
                      1. Asid sulfurik adalah asid mineral yang kuat. Daripada jenis asid diprotik yang berkebolehan menghasilkan 2 ion hidrogen, asid sulfurik mempunyai formula kimia H2SO4. Asid sulfurik Asid sulfurik ini sebenarnya ditemui oleh seorang ahli kimia Islam, Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, pada kurun ke-9. Beliau telah memperoleh asid sulfurik dengan penyulingan kering mineral-mineral vitriol tertentu. Kemudian pada tahun 1831, seorang pedagang cuka Britain, Perengie Phillips, mempatenkan proses yang jauh lebih murah untuk menghasilkan sulfur trioksida dan asid sulfurik pekat. Proses ini dinamakan Proses Sentuh, dan kini hampir semua bekalan asid sulfurik dunia dihasilkan dengan proses ini.
                      2. Kegunaan Asid Sulfurik
                        1. 1. pembuatan baja (ammonium sulfat) 2. pembuatan detergen dan sabun 3.elektrolit dalam bateri kereta 4. pembuatan racun perosak 5. pembuatan cat dan pewarna 6. pembuatan barangan plastik (nilon)
                        2. Kesan Penghasilan Asid Sulfurik Kepada Alam Sekitar
                          1. Perlu difahami bahawa dalam proses menghasilkan asid sulfurik, kita perlu menghasilkan gas sulfur dioksida dan sulfur dioksida.
                            1. Gas ini lah yang membawa kesan langsung kepada alam sekitar kerana tindakbalas keduanya dengan air hujan akan menghasilkan larutan berasid. Atau dalam erti kata yang mudah, menghasilkan hujan asid!
                              1. Hujan asid pula boleh menghakis dan merosakkan harta benda. Selain itu kandungan asid dalam hujan juga akan mengurangkan pH tanah dan menyebabkan tanah kurang subur. Selain itu, dapat mengurangkan pH air sekaligus membunuh hidupan akuatik. Akhir sekali ini semua akan merosakkan keindahan alam sekitar.
                        3. Aloi
                          1. Apakah Aloi?
                            1. campur logam berdasarkan peratus jisim tertentu
                              1. mempunyai sifat yang berbeza daripada logam tulen
                                1. Tujuan: memperbaiki rupa luaran, menjadikan logam lebih keras, mencegah pengaratan
                                2. proses mencampur logam tulen dengan bahan lain "Pengaloian"
                                  1. Campuran logam tulen dan logam lain atau bahan bukan logam.
                                  2. Pembentukan Aloi
                                    1. aloi terbentuk daripada perleburan logam tulen yang kemudiannya dicampur dengan bahan lain
                                      1. campuran itu disejukkan dengan cepat supaya aloi terbentuk dengan mudah
                                      2. Contoh-contoh Aloi
                                        1. Bagaimanakah aloi mengubah sifat logam tulen?
                                            1. Kepentingan Aloi dalam Industri
                                              1. Aloi Superkonduktor
                                                1. Aloi yang boleh mengalirkan arus tanpa rintangan.
                                                  1. Aliran arus dengan rintangan sifar dipanggil superkonduktiviti
                                                    1. Pengangkutan (MagLev), perubatan (MRI), generator dan sistem transmisi elektrik, elektronik dan komputer.
                                                  2. Kesimpulan
                                                    1. Apakah terjadi apabila logam tulen ditukar kepada aloi?
                                                      1. Susunan zarah-zarah dalam aloi
                                                      2. Polimer
                                                        1. Apa itu Polimer?
                                                          1. Suatu polimer adalah rantai berulang dari atom yang panjang, terbentuk dari pengikat yang berupa molekul identik yang disebut monomer. Sekalipun biasanya merupakan organik (memiliki rantai karbon), ada juga banyak polimer inorganik. Contoh terkenal dari polimer adalah plastik dan DNA. Polimer didefinisikan sebagai substansi yang terdiri dari molekul-molekul yang menyertakan rangkaian satu atau lebih dari satu unit monomer. Manusia sudah berabad-abad menggunakan polimer dalam bentuk minyak, aspal, damar, dan permen karet. Tapi industri polimer modern baru mulai berkembang pada masa revolusi industri. Di akhir 1830-an, Charles Goodyear berhasil memproduksi sebentuk karet alami yang berguna melalui proses yang dikenal sebagai “vulkanisasi”. 40 tahun kemudian, Celluloid (sebentuk plastik keras dari nitrocellulose) berhasil dikomersialisasikan. Adalah diperkenalkannya vinyl, neoprene, polystyrene, dan nilon pada tahun 1930-an yang memulai ‘ledakan’ dalam penelitian polimer yang masih berla
                                                          2. Contoh bahan-bahan yang berasal dari polimer
                                                            1. 1. PVC (Polyvinyl chloride). 2. Polyethylen, yaitu plastik yang biasa kita temukan sehari-hari. 3. PTFE (Polytetrafluoroethylene), yang lebih terkenal dengan teflon 4. Rubber (karet)
                                                          3. Kaca dan Seramik
                                                            1. Seramik
                                                              1. Diperbuat daripada tanah liat yang dipanggil kaolin yang kaya dengan kaolinite
                                                                1. Sifat-Sifat
                                                                  1. Sangat kuat dan tahan, Takat lebur tinggi, Penebat haba elektrik yang baik, Bersifat lengai dan tidak terhakis
                                                                2. conto-contoh
                                                                  1. Silikon nitride (Si3N4), yang digunakan sebagai serbuk pengkakis. Boron karbide (B4C), yang digunakan dalam perisai helikopter dan kereta kebal. Silikon karbide (SiC), yang digunakan sebagai ( succeptor ) dalam ketuhar mikrowave, bahan pengkakis biasa digunakan, dan sebagai bahan pembalikan. Magnesium diboride (MgB2), yang merupakan superkonduktor luar biasa. Zink oksida (ZnO), yang merupakan semikonduktor, dan digunakan dalam penghasilan ( varistor ). Ferrite (Fe3O4), yang merupakan ferrimagnetism dan digunakan sebagai teras transformer elektrik dan ingatan teras magnetik ( magnetic core memory ). Steatite digunakan sebagai penebat elektrik. Batu bata (kebanyakannya adalah aluminum silikat ), digunakan dalam pembinaan. Uranium oksida (UO2), digunakan dalam reaktor nuklear. Yttrium barium kuprum oksida (YBa2Cu3O7-x), superkonduktor bersuhu tinggi.
                                                                3. Kaca
                                                                  1. Ciri-ciri
                                                                    1. Kaca merupakan bahan lutsinar, kuat, tahan hakis, lengai, dan secara biologi merupakan bahan yang tidak aktif, yang boleh dibentuk menjadi permukaan yang tahan dan licin.Kaca dibuat dari bahan-bahan kimia seperti pasir silika, abu soda, dan batu kapur.
                                                                    2. Kegunaan kaca
                                                                      1. Membuat kaca jendela karena sifatnya yang tembus pandang; Peralatan rumah tangga (piring dan gelas) karena sifatya yang tahan panas;
                                                                  2. Bahan Komposit
                                                                    1. Maksud
                                                                      1. Bahan komposit (atau komposit) merupakan bahan yang dibuat melalui gabungan dua atau lebih bahan. Salah satu bahan biasanya gentian yang kukuh seperti gentian kaca, kevlar atau gentian karbon yang memberikan bahan tersebut kekuatan tensil, sementara bahan lain (dinamakan matriks) biasanya sejenis bahan berdamar seperti polyester atau epoxy yang memegang gentian dan menjadikan bahan tersebut keras dan kukuh. Ada bahan komposit yang menggunakan aggregrat selain daripada, atau bersama-sama gentian.
                                                                      2. Contoh-contoh
                                                                        1. Contoh bahan komposit: Plastik diperkukuhkan dengan kaca atau GRP komposit matriks logam komposit matriks seramik Perisai Chobham (lihat perisai komposit) papan lapis
                                                                        2. Kegunaan
                                                                          1. Bahan komposit biasanya sesuai bagi pembinaan bangunan, jambatan dan struktur seperti badan bot, penel kolam renang, badan kereta lumba, ruang mandi, kolah mandi, tangki simpanan, granit buatan, dan singki dan atas meja marmar buatan. Hasilan paling maju biasa digunakan di kapal angkasa lepas dalam persekitaran membebankan.
                                                                          2. Kompisit dibentuk melalui gabungan beberapa bahan bersama-sama untuk membentuk struktur keseluruhan yang lebih baik berbanding komponen individual.
                                                                          3. Ammonia
                                                                            1. molekul yang mengandungi 1 atom nitrogen dan 3 atom hidrogen
                                                                              1. Kegunaan Ammonia
                                                                                1. Cegah getah daripada beku
                                                                                  1. Detergen
                                                                                    1. Bahan letupan (TNT)
                                                                                      1. Baja kimia
                                                                                        1. Fabrik sintetik
                                                                                          1. Cat/ pewarna
                                                                                          2. Proses Haber
                                                                                            1. Sejarah Proses Haber : Haber Process
                                                                                              1. Proses Haber atau juga dikenali sebagai Proses Haber-Bosch adalah proses untuk menghasilkan ammonia. Proses ini pada mulanya diciptakan oleh seorang ahli kimia yang hebat iaitu Fritz Haber, dan kemudiannya dikomersialkan oleh Carl Bosch. Kedua-dua saintis tersebut menerima Hadiah Nobel atas sumbangan mereka dalam bidang kimia.
                                                                                                1. Bahan mentah yang digunakan adalah gas nitrogen dan gas hidrogen. Kedua-dua bahan ini akan dicampurkan pada nisbah 1 : 3. Bermaksud 1 gas nitrogen bersamaan dengan 3 gas hidrogen.
                                                                                                2. Pada tangki Pemampatan (compressor), campuran tersebut akan dimampatkan pada 200atm. Kemudian dialirkan ke Reaktor. Pada Reaktor, campuran dipanaskan pada 450C dan besi digunakan sebagai mangkin bagi mempercepatkan tindakbalas. Ads by ShopDropAd Options Seterusnya campuran mengalir ke kebuk Penyejukan, di mana di sini, gas ammonia hasil daripada tindakbalas tadi akan ditukarkan kepada bentuk cecair. Cecair ammonia yang terhasil akan dikumpulkan. Manakala gas nitrogen dan gas hidrogen yang tidak bertindakbalas akan dikitar semula dan akan memulakan proses tersebut sekali lagi.
                                                                                              Show full summary Hide full summary

                                                                                              Similar

                                                                                              IMPERFECT TENSE - French
                                                                                              T W
                                                                                              Essay Writing: My Essay Plan
                                                                                              Andrea Leyden
                                                                                              Romeo and Juliet essay
                                                                                              Tambo234
                                                                                              AQA Physics P1 Quiz
                                                                                              Bella Statham
                                                                                              All AS Maths Equations/Calculations and Questions
                                                                                              natashaaaa
                                                                                              English Basic Grammar
                                                                                              tvazacconcia
                                                                                              French Revolution quiz
                                                                                              Sarah Egan
                                                                                              FV modules 1-4 infinitives- ENTER SPANISH
                                                                                              Pamela Dentler
                                                                                              Romeo & Juliet Quotes
                                                                                              Lucy Hodgson
                                                                                              Present Simple Vs Present Continuous
                                                                                              Luis Alcaraz
                                                                                              AAHI_Card set 3 (Vital sign parameters - Adult)
                                                                                              Tafe Teachers SB