Kenal pasti penggunaan kata sendi nama yang betul.
Cadangan untuk memilih antara dia dengan saya daripada Ketua Jabatan.
Cadangan untuk memilih di antara dia dengan saya daripada Ketua Jabatan.
Kami curiga tentang kejujurannya.
Kami curiga terhadap kejujurannya.
Buah sentul ini sama besar dengan buah manggis.
Buah sentul ini sama besar bagai buah manggis.
Kami amat sayang akan adik bongsu kami.
Kami amat sayangkan adik bongsu kami.
Pertandingan gasing uri dibatalkan oleh kerana hujan lebat.
Pertandingan gasing uri dibatalkan oleh sebab hujan lebat.
Di antara bandar dengan desa sungguh banyak perbezaannya.
Antara bandar dengan desa sungguh banyak perbezaannya.
Askar itu sanggup ke medan perang demi untuk negara.
Askar itu sanggup ke medan perang demi negara.
Tidak ada perbezaan pencapaian antara murid lelaki dan murid perempuan.
Tidak ada perbezaan pencapaian antara murid lelaki dengan murid perempuan.
Kejadian rompakan di kedai Letchumy telah dilaporkan ke polis.
Kejadian rompakan di kedai Letchumy telah dilaporkan pada polis.
Kotak yang berpindah tangan dari Normala ke Justina itu kotak permainan.
Kotak yang berpindah tangan daripada Normala kepada Justina itu kotak permainan.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air"?
Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Tidak semua yang dikehendaki sudah diperoleh.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua"?
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.
Pengagihan yang sama banyak.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan"?
Kehidupan yang senang.
Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan"?
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Sigai dua segeragai"?
Perkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan perkara yang lain.
Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka"?
Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah.
Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang"?
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Ada beras, taruh dalam padi"?
Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
Segala yang terjadi ada sebab-sebabnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Bibir saya bukan diretak panas"?
Kata-kata saya adalah sia-sia atau dusta.
Kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta.
Apakah yang dimaksudkan dengan "Jangan tercicir di periuk"?
Jangan membuat angkara di mana kita menumpang.
Tidak ada daya upaya lagi.