peribahasa tahun 2

Description

Flashcards on peribahasa tahun 2, created by gingersnabs on 22/09/2015.
gingersnabs
Flashcards by gingersnabs, updated more than 1 year ago
gingersnabs
Created by gingersnabs over 9 years ago
58
1

Resource summary

Question Answer
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah
baik membawa resmi ayam betina seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak dibenci oelh orang lain dan selamat dalam hidup
belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang cerdik dan rajin
beberapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri
besar kapal, besar gelombang making tinggi pangkat atau makin besar perniagaanya, maka makin besar pula tanggungjawabnya
biduk lalu kiambang bertaut lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik semula
cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga penganiyaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain
genggam bara apa biar sampai menjadi arang membuat sesuatu pekerjaan yang sukar atau susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
harapkan mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah a) pembahagian yang sama rata dan adil b) sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik
jauhari juga yang mengenal manikam orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang
jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau orang yang mulia tetap mulia walau ke mana juga dia berada
jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih
jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika merendahkan dirinya sekalipun
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai
kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan dalam percakapan dan tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya
lain pandang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya
laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
sekali air bah, sekali pasir berubah apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga
seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu
seperti tikus jatuh ke beras a) orang yang dapat kedudukan yang mewah b) seseorang yang beroleh kejayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain
tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa
takut titik lalu tumpah hendaklah mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar
umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau pendiam tetapi cekap bekerja dan pintar
Show full summary Hide full summary

Similar

A Level: English language and literature techniques = Structure
Jessica 'JessieB
A Level: English language and literature technique = Dramatic terms
Jessica 'JessieB
English Literary Terminology
Fionnghuala Malone
English Grammatical Terminology
Fionnghuala Malone
A Level: English language and literature techniques = Form
Jessica 'JessieB
English Rhetorical Device Terminology
Fionnghuala Malone
A2 English Language and Literature: Unseen
Jessica 'JessieB
Linguistic Methods
sarahsing
Theories, Theorists and Tests
sarahsing
English Language Techniques
lewis001
English Language
livbennett