Bahasa : Berpindah dari satu
tempat ke tempat yang lain.
Istilah : Perpindahan Rasulullah SAW dan umat
Islam dari Mekah ke Madinah/Yathrib pada tahun
ke-13 kerasulan.
2. Faktor yang mendorong
berlakunya HIJRAH
Isyarat Allah SWT - Allah mengisyaratkan Rasulullah SAW
supaya berhijrah
Memelihara Akidah - Umat Islam mengorbankan tanah air dan
harta mereka demi menyelamatkan akidah tauhid yang lebih
berharga
Pelawaan Penduduk Madinah/Yathrib - Penduduk Yathrib
mempelawa Rasulullah SAW untuk menjadi pemimpin mereka.
Rasulullah SAW mengadakan baiah Aqabah 1 dan baiah Aqabah
2 dengan sekumpulan penduduk di Yathrib. Mus'ab bin Umair
dihantar oleh Rasulullah SAW ke Yathrib untuk berdakwah dan
mengajar al-Quran.
Penentangan Musyrikin Quraisy semakin kuat - Penyiksaan umat Islam. Tekanan ke
atas Rasulullah SAW semakin hebat terutamanya selepas kematian bapa saudara
baginda (Abu Talib). Kemuncak penentangan mereka ialah berpakat di Dar
al-Nadwah untuk membunuh Rasulullah SAW.
3. Isi Kandungan Baiah Aqabah
Baiah Aqabah 1
Tidak menyekutukan Allah SWT
Tidak mencuri
Tidak menderhakai
perkara yang baik
Tidak mengadakan dusta
Tidak membunuh
anak
Baiah Aqabah 2
Melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW
seperti melindungi keluarga sendiri.
4. Kesan daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW
AGAMA - Ajaran Islam semakin
tersebar kerana dakwah dapat
dilaksanakan secara terbuka.
SOSIAL - Kehidupan masyarakat Madinah
berubah kepada sistem hidup yang lebih baik
dari segi akidah, syariat dan akhlak.
POLITIK - Tertegaknya negara Islam pertama yang
berdaulat di bawah pimpinan Rasulullah SAW.
EKONOMI - Kedudukan ekonomi umat Islam semakin kukuh
melalui sistem ekonomi Islam yang dilaksanakan.
5. Iktibar daripada Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW
ke Madinah
Bijak membuat
perancangan dan
menyusun strategi sebelum
melakukan sesuatu.
Sentiasa bersikap
optimis, yakin bahawa
kejayaan pasti bersama
dengan orang-orang yang
benar.
Mencari teman yang soleh,
baik budi pekerti dan ikhlas
membantu
Sabar dan tabah
menghadapi halangan
dan cabaran
Sentiasa bertawakal dan
memohon pertolongan Allah
SWT serta mematuhi segala
perintahNya.
Sentiasa mengutamakan dan
memelihara kesucian akidah
dan keselamatan nyawa.