Questão | Responda |
Kadangkala, Faruq benar-benar merasakan dia tidak lagi larat untuk meneruskan pengajiannya di universiti. Bekerja sambilan untuk menampung pengajiannya amat memenatkan diri. Namun, Faruq bertekad untuk tetap meneruskan perjuangannya kerana tidak tergamak melukakan hati ibu kesayangannya yang telah bertungkus-lumus membesarkannya selepas kematian ayahnya. | Lihat anak pandang menantu |
Walaupun Elly sekeluarga hidup susah, dia tidak pernah menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk mencapai cita-citanya. Elly sanggup bekerja sambilan untuk menampung kehidupan keluarga dan kos pendidikannya. Sekembalinya dari kerja, Elly akan mengulang kaji pelajaran hingga larut malam. Segala usaha dan pengorbanannya berbaloi apabila Elly berjaya menjadi seorang saintis sepertimana yang dicita-citakan. | Membujur lalu melintang patah |
Puan Sukma hanya mampu melihat anak tunggalnya digari dan dibawa pergi pihak polis kerana dituduh terlibat dalam kes merusuh yang mengakibatkan seorang remaja terkorban. Merenung kembali, Puan Sukma menyesal kerana terlalu memberi kebebasan kepada anaknya dan kurang mengendahkan setiap kali anaknya itu berkelakuan melampaui batas. | Api kecil baik dipadam |
Setiap kali sebelum para pelanggannya menandatangani surat perjanjian untuk mendapatkan khidmat syarikat ubah eloknya, Encik Kamil akan memastikan beliau menerangkan dengan terperinci butiran-butiran perjanjian yang telah dilakarkan. Beliau berbuat demikian untuk mengelakkan sebarang salah faham yang mungkin timbul kelak sekiranya pelanggan-pelanggannya kurang jelas akan terma dan syarat yang tertakluk. | Pahit dahulu, manis kemudian |
Ibu berasa agak keberatan untuk membenarkan kakak melanjutkan pengajiaannya di Australia. Ibu bukan sahaja tidak sanggup berjauhan daripada kakak selama tiga tahun tetapi ibu juga gusar sekiranya kakak akan lupa asal usul dan tatasusila sebagai orang Melayu. Namun, selepas dipujuk ayah bahawa kakak pasti akan bijak menjaga diri serta nama baik keluarga kerana telah dipupuk dengan nilai-nilai murni semenjak kecil lagi, ibu akhirnya mengalah. | Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau |
Kami semua amat kagum pada keluarga Pak Mat. Beliau mempunyai lapan orang anak. Enam orang anaknya lulusan universiti dan dua orang lagi amat cemerlang dengan pelajaran sekolahnya. Tiap-tiap hujung minggu rumahnya selalu kelihatan meriah dengan senda gurau dan gelak ketawa. Anak-anaknya yang telah berkeluarga akan datang untuk makan sate buatan ayahnya, seorang penjual sate. | Padi setangkai bernas semuanya |
Ahmad amat gemar menunggang basikal. Walaupun dia mula belajar menunggang basikal sejak enam bulan yang lalu, tiap-tiap hari kita melihatnya menunggang basikal dengan penuh gaya dari hujung jalan ke hujung jalan di estet perumahan. Dalam satu pertandingan lumba basikal Ahmad amat ghairah memulakan perlumbaan. Dia meluru menunggang basikalnya sebaik sahaja pertandingan dimulakan. Empat jam kemudian di garisan penamat, Ahmad tidak kelihatan. Tidak lama kemudian kedengaran satu pengumuman mengatakan penunggang nombor enam bernama Amir telah dihantar ke rumah sakit kerana cedera akibat jatuh terjerumus ke dalam parit. | Ukur baju di badan sendiri |
Dalam masa peperangan penduduk negeri yang ditawan tidak dibenarkan memiliki alat komunikasi seperti radio. Ramai orang yang tahu ada beberapa orang yang tidak menyerahkan radionya kepada tentera yang menang. Mereka itu mencuri dengar berita daripada luar negeri untuk mengetahui perkembangan yang berlaku. Ada beberapa orang penduduk yang ditahan dan ditanya jika dia tahu ada sesiapa yang menyimpan radio tetapi tidak seorang pun yang mengatakan dia tahu. | Garam dikulumnya tak hancur |
Walaupun pasukan bolasepak Lawak United mempunyai ramai pemain yang terkenal mereka telah gagal merebut kejohanan Pertandingan Bolasepak Tempatan. Kita selalu menonton beberapa orang pemain menunjukkan mutu permainan yang menarik tetapi gagal menjaringkan gol. Sementara pasukan bolasepak Luarbiasa yang tidak terkenal itu berjaya menjaringan satu gol kemenangan kerana semua pemainnya sentiasa bergerak bersama-sama sepanjang masa dengan tidak mengenal penat. | Kuat lilit kerana simpulnya |
Kalau kita lihat telatah penyanyi Barat itu kita pasti amat tertarik dengan gaya nyanyian dan lakonannya. Dia seorang penyanyi terkenal yang amat berbakat. Ramai orang tidak sangsi akan kebolehan dan bakatnya itu kerana mereka tahu dia ialah anak penyanyi yang agung dunia. | Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi |
Quer criar seus próprios Flashcards gratuitos com GoConqr? Saiba mais.