Bab 10 Sejarah Tingkatan 1

Descrição

Sarawak
Mohd Faizal Ismail
Quiz por Mohd Faizal Ismail, atualizado more than 1 year ago
Mohd Faizal Ismail
Criado por Mohd Faizal Ismail aproximadamente 9 anos atrás
170
1

Resumo de Recurso

Questão 1

Questão
Penemuan manusia di Sarawak dipercayai bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Ini dibuktikan melalui penemuan beberapa peninggalan sejarah di Gua Niah. Apakah yang dapat dibuktikan daripada penemuan yang dinyatakan dalam pernyataan di atas?
Responda
  • Wujud tamadun manusia di Kepulauan Melayu
  • Petempatan awal manusia telah bermula di pesisiran pantai
  • Bidang cari gali telah mencapai tahap yang tinggi di Malaysia
  • Sarawak ialah antara negeri terawal yang diduduki manusia di Asia Tenggara

Questão 2

Questão
Sarawak telah ditadbir oleh Kesultanan Brunei sejak abad ke-15. Bagaimanakah Kesultanan Brunei mentadbir Sarawak?
Responda
  • Di tadbir oleh sekumpulan kerabat Sultan Brunei
  • Ditadbir oleh pembesar yang mempunyai kuasa mutlak
  • Ditadbir oleh pembesar yang mempunyai kuasa autonomi
  • Ditadbir oleh pembesar tempatan yang dilantik oleh Sultan Brunei

Questão 3

Questão
Corak petempatan dan taburan penduduk yang berselerak menyebabkan ..
Responda
  • Setiap kelompok hidup terasing mengikut petempatan
  • Setiap kelompok menjalin hubungan dengan etnik lain
  • Setiap kelompok membentuk identiti kebudayaan masing-masing
  • Setiap kelompok ditadbir oleh pembesar dari etnik masing-masing

Questão 4

Questão
Etnik di Sarawak terbahagi mengikut petempatan, kumpulan etnik yang tinggal di lembah sungai terdiri daripada etnik I Iban II Bidayuh III Kenyah IV Melanau
Responda
  • I, II dan III
  • I, II dan IV
  • I, III dan IV
  • II, III dan IV

Questão 5

Questão
Kelabit Penan Murut Petempatan kumpulan etnik yang tersenarai di atas terletak di ...
Responda
  • Pedalaman
  • Dataran pantai
  • Lembah sungai
  • Pesisiran pantai

Questão 6

Questão
Singgai Sadong Sungai Kayan Kawasan petempatan yang tersenarai di atas didiami oleh etnik
Responda
  • Melayu
  • Kenyah
  • Bidayuh
  • Melanau

Questão 7

Questão
Bagaimanakah penduduk Sarawak mendapat pendidikan tidak formal?
Responda
  • Melalui alim ulama
  • Melalui sekolah pondok
  • Melalui masjid dan surau
  • Melalui cerita-cerita lisan

Questão 8

Questão
Apakah aspek-aspek utama yang terkandung dalam pengajaran pendidikan formal? I Kepercayaan turun temurun II Membaca al-Quran III Menulis jawi IV Hukum islam
Responda
  • I, II dan III
  • I, II dan IV
  • I, III dan IV
  • II, III dan IV

Questão 9

Questão
Masyarakat bumiputera Sarawak mempunyai tuai rumah. Apakah tanggungjawab tuai rumah? I Menjaga keselamatan dan keamanan II Menyelesaikan masalah masyarakatnya III Melaksanakan tanggungjawab mengutip cukai IV Menjadi perantaraan di antara rakyat dan pemerintah
Responda
  • I dan II
  • I dan III
  • II dan III
  • III dan IV

Questão 10

Questão
Rajah di atas berkaitan dengan adat resam salah satu etnik di Sarawak. X ialah?
Responda
  • Tatu
  • Tajau
  • Suling
  • Serahang

Questão 11

Questão
Masyarakat Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang timah atau tembaga hingga cuping telinga menjadi lanjut. Anting-anting yang digunakan melambangkan ...
Responda
  • Status
  • Keturunan
  • Kecantikan
  • Keperibadian

Questão 12

Questão
Salah satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat masyarakat Melanau ialah menyambut Perayaan Kaul. Apakah tujuan perayaan ini?
Responda
  • Untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan
  • Memohon supaya masyarakat setempat panjang umur
  • Memohon supaya tanaman subur dan hasil yang banyak
  • Menunjukkan tanda kesyukuran masyarakat tempatan

Questão 13

Questão
Mengapakah masyarakat Penan mengamalkan kehidupan berpindah- randah? I Apabila berlaku kematian II Dilarang hidup menetap III Dilarang menebang pokok besar IV Ditetapkan oleh pemimpin
Responda
  • I, II dan III
  • I, II dan IV
  • I, III dan IV
  • II, III dan IV

Questão 14

Questão
Masyarakat Melanau yang bukan beragama Islam mengamalkan kepercayaan...
Responda
  • Ipok
  • Animisme
  • Kuasa magis
  • Roh nenek moyang

Questão 15

Questão
Apakah tujuan sambutan Hari Gawai di kalangan masyarakat Iban di Sarawak?
Responda
  • Sambutan menandakan tahun baru
  • Sambutan menandakan perayaan kaul
  • Sambutan menandakan kesyukuran bagi kesihatan
  • Sebagai menandakan kesyukuran bagi hasil padi

Questão 16

Questão
Masyarakat Iban berpegang teguh kepada kepercayaan berkaitan dengan membuka petempatan dan mendirikan rumah. Apakah kepercayaan mereka berkaitan dengan bunyi burung ketupung dan burung beragai?
Responda
  • Mesti berpindah dengan segera
  • Boleh terus menetap di rumah tersebut
  • Tidak boleh mendirikan rumah di kawasan itu
  • Rumah yang didirikan perlu disemah terlebih dahulu

Questão 17

Questão
Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak sumber kekayaan semula jadi. Kegiatan ekonomi masyarakat tradisional Sarawak dipengaruhi oleh ...
Responda
  • Organisasi sosial
  • Pihak pemerintah
  • Agama dan kepercayaan
  • Persekitaran tempat tinggal

Questão 18

Questão
Di antara berikut ynag manakah merupakan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh orang Kelabit I Menanam padi huma II Menanam padi sawah III Berburu IV Memungut hasil hutan
Responda
  • I, II dan III
  • I, II dan IV
  • I, III dan IV
  • II, III dan IV

Questão 19

Questão
• Diusahakan oleh kaum Kedayan dan Murut • Merupakan tanaman tradisional terpenting di Sarawak Maklumat di atas berkaitan dengan salah satu tanaman yang diusahakan di Sarawak. Tanaman ini ialah ...
Responda
  • Sagu
  • Padi huma
  • Padi sawah
  • Lada Hitam

Questão 20

Questão
Sejak abad ke-19 antimoni dan emas merupakan bahan galian terpenting di Sarawak. Suku kaum yang menceburi kegiatan perlombongan ialah ...
Responda
  • Murut
  • Kelabit
  • Melanau
  • Bidayuh

Semelhante

Bab 8 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 7 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 6 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 9 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 11 Sejarah TIngkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 1 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
PT3: SEJARAH TINGKATAN TIGA: BAB 1: FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN JEPUN MENGALAHKAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Muffin Star
Bab 2 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
1. Membangun Jati Diri Keindonesiaan
Delvanny Alfikri
Bab 5 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Sej 09
Alia Azhari