Bab 6 Sejarah Tingkatan 1

Descrição

Kemerosotan Melaka
Mohd Faizal Ismail
Quiz por Mohd Faizal Ismail, atualizado more than 1 year ago
Mohd Faizal Ismail
Criado por Mohd Faizal Ismail aproximadamente 9 anos atrás
267
0

Resumo de Recurso

Questão 1

Questão
Apakah sebab utama yang menyebabkan pelantikan Tun Mutahir tidak disenangi oleh para pembesar Melayu?
Responda
  • Beliau terlalu berkuasa
  • Beliau tidak berwibawa
  • Beliau terlalu tua dan uzur
  • Beliau berketurunan India-Muslim

Questão 2

Questão
Bendahara Tun Perak telah diganti oleh Tun Mutahir. Kenapakah pembesar tempatan tidak berpuas hati dengan pentadbiran Tun Mutahir?
Responda
  • Tun Mutahir kurang berwibawa
  • Tun Mutahir bersikap pilih kasih
  • Tun Mutahir memonopoli ekonomi
  • Tun Mutahir kurang berpengalaman

Questão 3

Questão
Sultan Mahmud telah menjatuhkan hukuman ke atas Tun Mutahir dan keluarganya. Kenapa Sultan bertindak demikian?
Responda
  • Tun Mutahir belot
  • Tun Mutahir difitnah
  • Tun Mutahir menderhaka
  • Tun Mutahir menerima rasuah

Questão 4

Questão
Pernyataan di atas berkaitan dengan keadaan pemerintahan di Melaka di bawah kedua-dua pemimpin tersebut. Apakah kesannya?
Responda
  • Melaka diancam oleh Acheh
  • Melaka kehilangan tanah jajahan
  • Melaka mengalami masalah ekonomi
  • Amalan rasuah dan fitnah-memfitnah berleluasa

Questão 5

Questão
Selepas kematian Bendahara Tun Perak, pedagang kurang mengunjungi pelabuhan Melaka. Apakah punca utama keadaan ini?
Responda
  • Kadar cukai yang tinggi
  • Ancaman lanun dan kuasa asing
  • Pelabuhan Melaka tidak selamat
  • Pelabuhan Melaka tidak strategik

Questão 6

Questão
Apakah kesan terpenting pelantikan Bendahara Tun Mutahir oleh Sultan Mahmud Syah?
Responda
  • Melaka diancam oleh Portugis
  • Empayar Melaka semakin luas
  • Menimbulkan masalah perpaduan
  • Melaka semakin maju dan makmur

Questão 7

Questão
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah wujud persaingan antara orang Melayu dan orang India Muslim. Apakah yang menimbulkan persaingan ini?
Responda
  • Ancaman Portugis
  • Kemerosotan Melaka
  • Pemberontakan rakyat
  • Mengukuhkan pengaruh

Questão 8

Questão
Kelemahan askar Melaka merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejatuhan Melaka. Apakah kelemahan-kelemahan yang dimaksudkan? I Menggunakan senjata tradisional II Tidak mempunyai senapang dan meriam III Askar upahan Melaka dari Jawa telah melarikan diri IV Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur lengkap
Responda
  • I, II dan III
  • I, II dan IV
  • I, III dan IV
  • II, III dan IV

Questão 9

Questão
Apakah peristiwa-peristiwa yang telah menjejaskan keutuhan Melaka dari segi pentadbiran dan perdagangan? I Pelantikan Tun Mutahir II Amalan pilih kasih III Persaingan pembesar IV Serangan Portugis
Responda
  • I, II dan III
  • I, II dan IV
  • I, III dan IV
  • II, III dan IV

Questão 10

Questão
Slogan di atas digunakan oleh Putera Henry untuk
Responda
  • Menjelajah ke timur
  • Meluaskan pengaruhnya
  • Menghapuskan kerajaan Islam
  • Menguasai perdagangan rempah

Questão 11

Questão
Siapakah tokoh X?
Responda
  • Putera Henry
  • Vasco da Gama
  • Lopez de Sequeira
  • Bartholomew Diaz

Questão 12

Questão
Salah satu sebab yang mendorong penjelajahan orang Portugis ke Timur ialah faktor agama. Di antara berikut yang manakah berkaitan dengan faktor tersebut? I Keinginan meneruskan Perang Salib II Menghancurkan kerajaan Islam di Timur III Menyebarkan agama Kristian di Timur IV Membentuk masyarakat yang bertamadun
Responda
  • I, II dan III
  • I, II dan IV
  • I, III dan IV
  • II, III dan IV

Questão 13

Questão
Kenapakah Portugis berhasrat untuk menguasai Selat Melaka yang berperanan sebagai jalan utama perdagangan?
Responda
  • Mengawal ancaman lanun
  • Menjamin keselamatan Melaka
  • Memonopoli perdagangan rempah
  • Menguasai kerajaan di Kepulauan Melayu

Questão 14

Questão
Pada awalnya Sultan telah menyambut baik Lopez de Sequeira dan rombongannya. Mengapakah baginda kemudiannya mengarahkan supaya orang Portugis ditangkap?
Responda
  • Mereka tidak menghadap sultan
  • Mereka tidak menghormati peraturan di Melaka
  • Mahu bersikap berwaspada dengan orang asing
  • Mendapat maklumat bahawa mereka ingin menguasai perdagangan

Questão 15

Questão
Apakah tindakan yang diambil oleh Portugis apabila mendapat berita tentang tindakan Sultan Mahmud Shah menangkap rombongan orang Portugis?
Responda
  • Menghantar angkatan tentera laut
  • Membuat pakatan dengan Acheh
  • Menangkap Sultan serta pembesar Melaka
  • Menghantar rombongan mencari perdamaian

Questão 16

Questão
Sebaik sahaja tiba di Melaka, Alfonso de Albuquerque telah membuat beberapa tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang dituntut oleh Alfonso de Albuquerque? I Pembebasan tawanan Portugis II Meminta ganti rugi III Meminta untuk mendirikan kubu di Melaka IV Menuntut Sultan Mahmud untuk turun takhta
Responda
  • I, II dan III
  • I, II dan IV
  • I, III dan IV
  • II, III dan IV

Questão 17

Questão
Sebaik sahaja tiba di Melaka, Alfonso de Albuquerque telah membuat beberapa tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah. Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah terhadap tuntutan-tuntutan tersebut ?
Responda
  • Menolak semua tuntutan tersebut
  • Cuba berunding dengan pihak Portugis
  • Meminta bantuan kerajaan Melayu yang lain
  • Meminta supaya kedaulatan Melaka dihormati

Questão 18

Questão
Apakah kesan terpenting tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah untuk menangkap orang Portugis?
Responda
  • Sultan berundur
  • Portugis mengalah
  • Perdamaian dicapai
  • Melaka telah diserang

Questão 19

Questão
Semasa Portugis menyerang Melaka, semangat perjuangan askar Melaka membara. Apakah faktor utama yang mendorong semangat mereka?
Responda
  • Dijanjikan ganjaran yang lumayan
  • Kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
  • Rakyat bersatu hati menentang Portugis
  • Sultan Ahmad turut-serta menentang Portugis

Questão 20

Questão
Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah sebaik sahaja Melaka ditawan oleh Portugis?
Responda
  • Berdamai dengan Portugis
  • Baginda berundur ke Muar
  • Mengasaskan kerajaan di Johor
  • Menubuhkan kerajaan di Pahang

Semelhante

Bab 10 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 8 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 7 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 9 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 11 Sejarah TIngkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 1 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
PT3: SEJARAH TINGKATAN TIGA: BAB 1: FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN JEPUN MENGALAHKAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Muffin Star
Bab 2 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
1. Membangun Jati Diri Keindonesiaan
Delvanny Alfikri
Bab 5 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Sej 09
Alia Azhari