Zusammenfassung der Ressource
Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia
Bidang 5 Bab 2
- Penjajahan Barat
- Sebelum
- Pada abad ke-15 iaitu sebelum Melaka dijajah Portugis, ia dikenali sebagai pusat perdagangan
interpurata kerana lokasi yang strategik dan terlindung daripada tiupan angin monsun. Melaka juga
menjadi pusat penyebaran islam (serambi Mekah) dan banyak masjid serta surau dibina untuk
mempelajari ilmu agama. Ia dahulu merupakan negeri yang memartabatkan hukum Islam dan sultan
Melaka menerapkan nilai Islam dalam segala urusan. Undang- undang Hukum Kanun Melaka melantik
kadi sebagai penasihat agama dan hakim dalam institusi kehakiman serta menyatakan Islam ialah
agama rasmi dan terdapat beberapa aspek di dalamnya:
- 1. Undang-undang Perkahwinan: Hal ehwal
berkaitan perwalian ke atas perempuan, syarat
sighah (ijab dan kabul), hukum dan syarat sah
saksi dalam perkahwinan, hukum tentang
perceraian serta adat dan lain-lain.
- 2. Undang-undang Mua’malat: Pengharaman
riba’, rukun dan syarat hal ehwal jual beli, khiyar,
masalah bankrap, prinsip penyelesaian secara
perdamaian, peraturan bersyarikat,
tanggungjawab peminjam – meminjam.
- 3. Undang-undang Acara Keterangan
Islam: Ikrar, cara-cara pemeriksaan
terhadap saksi serta perakuan sumpah.
- 4. Undang-undang Jenayah: Hukuman hudud,
qisas, ta’zir.
- Selepas
- Pada tahun 1786, sistem perundangan Islam telah terganggu kerana kedatangan penjajah inggeris telah
mengubah corak perundangan di negeri- negeri lain di tanah Melayu . Jelasnya, undang-undang ini telah
berjaya mengehadkan kuasa mahkamah syariah dan bidang kuasa kadi yang dilantik. Antaranya:
- 1. Meluluskan Piagam Keadilan pada Tahun 1807,
1826 dan 1855: Inggeris berhasil mewujudkan dan
memperkenalkan undang-undang mereka serta
menghadkan perlaksanaan undang-undang Islam.
- 2. Perjanjian Pangkor Tahun 1874: Dimeterai oleh Sultan Perak iaitu
Raja Abdullah serta pembesar-pembesar Raja Melayu ketika itu dan
Sir Andrew Clark. Menandakan sistem residen diperkenalkan di
Tanah Melayu secara sah dan wakil penjajah Inggeris menjadi
pegawai penasihat raja sekaligus berani mencampuri urusan
pentadbiran dan menghidupkan ideologi sekulerisme.
- 3. Menubuhkan Ordinan Mahkamah 1948 Pihak
inggeris telah memperkenalkannya yang
mewujudkan penstrukturan mehkamah yang
baharu. Mahkamah syariah telah terkeluar daripada
hierarki mahkamah perseketuan secara halus.
- 4. Mewujudkan Enakmen Undang-Undang Sivil 1937, 1951
dan 1955 Mahkamah di Tanah Melayu seharusnya menerima
pakai Rules of Equity sebagaimana yang digunakan di England
1956 berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan.
Pelaksanaan ini diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak.
- Perbezaan Ciri-Ciri Undang-Undang Islam dengan Undang-Undang Penjajah Barat
- Ciri-Ciri Undang-Undang Islam
- Berdasarkan Manhaj Ketuhanan (Rabbaniah):
Rabbaniah ialah hukum syariah bukan ciptaan
manusia, tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor tempat ,
masa dan budaya serta faktor yang diiwarisi
- Bersifat Universal (A’lamiah):
Syariah Islam beridentitikan
kemanusiaan dan universal kerana
hukum hakam yang diturunkan
melalui wahyu Allah untuk semua
manusia tanpa mengira warna
kulit, pertuturan atau tempat.
- Menyeluruh (Syumuliah):
Sistem perundangan yang
mencakupi setiap aspek
kemasyarakatan dan
kehidupan diakui oleh para
sarjana barat yang
mengiktiraf perundangan
Islam.
- Sumber yang Asli dan Kekal
Undang-undang Islam mempunyai
sifat asli dan sumber as-sunnah
menjadi pelengkap dan penjelasan
kepada nas Al-Quran. Dijamin
Allah akan terpelihara kekal
sehingga hari Kiamat.
- Menghilangkan Kesulitan dan Mendatangkan Kemudahan
Sistem perundangan Islam tidak menyukarkan dan
membebankan bahkan matlamatnya bukanlah
menyebabkan manusia tertekan tetapi banyak
hikmahnya dalam kehidupan.
- Memelihara Keseimbangan Kebendaan dan Kerohanian
Fungsi perundangan ialah sebagai satu unit mutakamil
(saling lengkap-melengkapi) iaitu antara hubungan
antara dengan Allah, manusia dan alam sekitar. Ia juga
tidak menjauhkan kebendaan dan kerohanian serta
tidak memisahkan dunia dan akhirat.
- Ciri-Ciri Undang-Undang Penjajah Barat
- Tidak mempunyai kekuatan membawa
kesejahteraan kepada umat
- .Lebih banyak membuka ruang untuk
manusia bebas melakukan kejahatan
- Mementingkan keperluan manusia yang
bersifat materialistik semata- mata
- Hanya memfokuskan kepada bangsa mereka
- Hanya digubal hanya dengan mengikut akal
dan kebudayaan yang disukai semata- mata
- Sistem berat sebelah
- Kesan Penjajahan Barat Terhadap
Perlaksanaan Perundangan Islam di
Malaysia
- 1. Sistem perundangan barat telah digunakan
sepenuhnya dalam mahkamah sivil
- 2. Undang-undang barat mempengaruhi sistem kehakiman
- 3. Bidang kuasa raja-raja Melayu dalam perundangan Islam
- 4. Bidang kuasa mahkamah syariah telah dibataskan oleh
undang-undang persekutuan
- 5. Wujud dualisme dalam sistem perundangan Malaysia,
mahkamah sivik dan mahkamah syariah.
- Kepentingan Perlaksaan Perundangan
Islam di Malaysia
- 1. Undang-undang yang sememangnya datang daripada Allah menjamin
kehidupan yang harmoni dan bebas daripada segala kemudaratan
- 2. Hukum-hakam perundangan Islam sesuai sehingga hari kiamat
serta tidak berlaku perngubahsuaian terhadap isi kandungannya.
- 3. Meliputi keseluruhan aspek kehidupan dan amat mengikut peredaran zaman