Peribahasa Menengah 3

Beschreibung

Karteikarten am Peribahasa Menengah 3, erstellt von Sykr37 am 01/10/2015.
Sykr37
Karteikarten von Sykr37, aktualisiert more than 1 year ago Mehr Weniger
Erstellt von Ein gelöschter Nutzer vor etwa 9 Jahre
Sykr37
Kopiert von Sykr37 vor etwa 9 Jahre
69
1

Zusammenfassung der Ressource

Frage Antworten
Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api Perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang Cerdik dan rajin
Baik membawa resmi ayam betina Seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbualan supaya tidak dibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul Sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri
Besar kapal, besar gelombang Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin besar pula tanggungjawabnya
Biduk lalu kiambang bertaut Lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (a) perkembangan yang sama rata dan adil (b) sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri Walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya Tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih
Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya Orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendahkan dirinya sekalipun
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga Jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba melawan orang atau berbuat sesuatu yang besar
Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan Dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya
Melentur buluh biarlah dari rebung Mengajar atau mendidik anak biarlah daripada kecilnya kerana apabila telah besar, keras hatinya dan perangainya susah dibentuk
Membuang garam ke laut Membuat sesuatu yang tidak memberikan faedah
Meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga (a) seseorang yang berbudi baik itu sekali pun dalam melarat tetap berbudi dan berhati mulia (b) meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga
Nasi tak dingin pinggan tak retak Orang yang cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja jarang yang rosak
Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak Tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua, muda ataupun anak-anak kecil
Sebab buah dikenal pohonnya Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang
Seperti harimau menyembunyikan kukunya Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya
Seperti labah-labah cinta kepada telurnya Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan
Zusammenfassung anzeigen Zusammenfassung ausblenden

ähnlicher Inhalt

peribahasa tahun 2
gingersnabs
Peribahasa Darjah 5&6 (Nadhirah)
Siti Nadhirah Md Esa
Peribahasa Darjah 3 & 4
nur hazimah
Peribahasa Darjah 5&6 (Nadhirah)
Shariffah Affinda Binte Isa
Französisch Vokabeln Découvertes 1, Leçon 1, Karteikarten
AntonS
Gedichtanalyse
AntonS
working in a globalized wolrd
Alexandra Do
1.2 Die Entwicklung der modernen Psychologie
achdrewes
Einführung in die Forschungsmethoden Kapitel 1
Angelina Idt
PuKW STEP6 - Hummel
Salome Jeong
Onlinequiz zu MS-4.2 Kapitel_3_Teil_I
Deborah Büscher