Pregunta | Respuesta |
Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api | Perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah |
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang | Cerdik dan rajin |
Baik membawa resmi ayam betina | Seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbualan supaya tidak dibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup |
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul | Sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri |
Besar kapal, besar gelombang | Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin besar pula tanggungjawabnya |
Biduk lalu kiambang bertaut | Lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula |
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah | (a) perkembangan yang sama rata dan adil (b) sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan |
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri | Walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik |
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya | Tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih |
Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya | Orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendahkan dirinya sekalipun |
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga | Jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba melawan orang atau berbuat sesuatu yang besar |
Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan | Dalam percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya |
Melentur buluh biarlah dari rebung | Mengajar atau mendidik anak biarlah daripada kecilnya kerana apabila telah besar, keras hatinya dan perangainya susah dibentuk |
Membuang garam ke laut | Membuat sesuatu yang tidak memberikan faedah |
Meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga | (a) seseorang yang berbudi baik itu sekali pun dalam melarat tetap berbudi dan berhati mulia (b) meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga |
Nasi tak dingin pinggan tak retak | Orang yang cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja jarang yang rosak |
Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar | Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya |
Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak | Tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua, muda ataupun anak-anak kecil |
Sebab buah dikenal pohonnya | Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang |
Seperti harimau menyembunyikan kukunya | Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya |
Seperti labah-labah cinta kepada telurnya | Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan |
¿Quieres crear tus propias Fichas gratiscon GoConqr? Más información.