Surah An-Najmi Ayat 32 (Penciptaan Manusia)

Description

Sumber: https://risalahmuslim.id/quran/an-najm/53-32/ http://zahirahbea.blogspot.com/2015/08/
Ainul Mardhiyah Mohd Rais
Mind Map by Ainul Mardhiyah Mohd Rais, updated more than 1 year ago
Ainul Mardhiyah Mohd Rais
Created by Ainul Mardhiyah Mohd Rais over 3 years ago
24
0

Resource summary

Surah An-Najmi Ayat 32 (Penciptaan Manusia)
  1. Tafsir Ibnu Katsir
    1. Malaikat yang telah ditugaskan oleh Tuhannya telah menetapkan terhadapnya rezeki, ajal, dan amal perbuatannya, dan apakah dia termasuk orang yang celaka ataukah orang yang berbahagia, semuanya dicatat oleh malaikat itu terhadapnya. Mak-hul mengatakan, "Pada mulanya kita berupa janin dalam perut ibu kita, ada pula di antara kita yang gugur, sedangkan kita ini termasuk di antara orang-orang yang dihidupkan. Lalu kita menjadi bayi yang menyusu, maka di antara kita ada yang mati, sedangkan kita termasuk yang dipanjangkan usia. Kemudian kita menjadi anak-anak, maka di antara kita ada yang mati, sedangkan kita termasuk yang di beri usia panjang. Kemudian kita membesar menjadi pemuda, ada pula di antara kita yang mati, sedangkan kita termasuk yang masih hidup. Kemudian kita menjadi manusia yang tua, maka celakalah Anda, lalu apa lagi yang kita tunggu sesudah semuanya itu?" Ibnu Abu Hatim telah meriwayatkan hal yang sama dari Mak-hul.
    2. Asbabun Nuzul
      1. Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa kaum Yahudi beranggapan bahawa apabila seseorang bayi itu mati ketika kecil, maka bayi itu termasuk di dalam golongan orang "siddiq" iaitu manusia yang sempurna. Anggapan mereka ini akhirnya sampai kepada pengetahuan Nabi. Kemudian baginda bersabda: "Bohong Yahudi itu kerana tidak ada seorang pun yang dijadikan Allah di dalam rahim ibunya kecuali yang ditetapkan apakah dia celaka di neraka atau selamat di syurga." Maka ayat ini (Surah an Najm: 53: 32) turun berkenaan dengan peristiwa di atas yang menjelaskan bahawa Allah Maha Mengetahul akan nasib makhluknya. (Diriwayatkan oleh al Wahidi, at Thabarani, Ibnu Munzir dan Ibnu Abi Hatim dari Thabit dan al Harts al Anshari)
      2. Teori Sains
        1. Allah s.w.t menjelaskan kejadian dan rupa bentuk Adam adalah sebaik-baik kejadian. Bukanlah berkembang dari satu bentuk kepada bentuk yang lain mengikut peredaran masa seperti dakwaan salah oleh Darwin. Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah. Al-Quran menjelaskan dan menggunakan beberapa istilah tentang kejadian manusia antaranya: i) Air (al-ma') seperti dalam al-quran surah al-Furqan ayat 54. ii) Daripada tanah/debu(al-Turab) seperti dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 59, al-Haji ayat 5 dan Surah Fathir ayat 11. iii) Pati Tanah(at-Tiin) seperti dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 49, surah al-A'araf ayat 12, surah al-Isra' ayat 61 dan surah al-Mukminun ayat 11. iv) Tanah liat dan sebati (tin lazib) seperti dalam al-Quran surah al-Safaat ayat 11. v) Tanah yang keras seperti tembikar (shahshal) seperti dalam al-Quran surah al-Hijj ayat 26,28 dan 29, surah al-Rahman ayat 14. vi) Tanah bumi (al-ardh) seperti dalam al-Quran surah an-Najm ayat 32. Allah s.w.t telah melantik Ad
        2. Sumber Tambahan
          1. ٱلَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَـٰٓئِرَ ٱلْإِثْمِ وَٱلْفَوَٰحِشَ إِلَّا ٱللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَٰسِعُ ٱلْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌ فِى بُطُونِ أُمَّهَـٰتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ
            1. Iaitu mereka yang menjauhi dosa- dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu daripada tanah, lalu ketika kamu masih janin di dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa.
            Show full summary Hide full summary

            Similar

            Surah At- Tur ayat 6 (Underwater Volcano)
            Ainul Mardhiyah Mohd Rais
            Surah Az-Zariyat ayat 49 (Pasangan)
            Ainul Mardhiyah Mohd Rais
            Surah Al-Qamar Ayat 1 (Bulan Terbelah)
            Ainul Mardhiyah Mohd Rais
            Az-Zariyat ayat 47 (Big Bang Theory)
            Ainul Mardhiyah Mohd Rais
            Surah Az-Zariyat ayat 48 (Bumi)
            Ainul Mardhiyah Mohd Rais
            Cognitive Psychology Key Terms
            Veleka Georgieva
            IB Economics SL: Macroeconomics
            Han Zhang
            GCSE CHEMISTRY UNIT 2 STRUCTURE AND BONDING
            mustafizk
            All AS Maths Equations/Calculations and Questions
            natashaaaa
            Latin Literature Exam Techniques
            mouldybiscuit
            The Skeleton and Muscles
            james liew