Dan kami membina langit itu dengan kekuasaan (Kami) dan Kami benar- benar meluaskannya
Tafsir Ibnu Katsir
Dalam ayat ini Allah berfirman seraya mengingatkan
penciptaan alam uluwwi (bahagian atas) dan alam sufli
(bahagian bawah). Allah telah menjadikan langit itu sebagai
atap yang terpelihara dan tinggi dengan kekuatan-Nya.
Demikian itu dikemukakan oleh Ibnu Abbas, Mujahid, dan
Qatadah Ats-Tsauri dll. dan Allah juga yang telah menjadikan
seluruh penjurunya luas, kemudian Kami meninggikan
tanpa menggunakan tiang, sehingga ia menggantung
sebagaimana adanya.
Asbabun Nuzul
Ayat ini diturunkan untuk menyanggah ucapan orang-orang Yahudi yang
mengatakan bahwa Allah ﷻ menjadikan langit dan bumi selama 6 hari, namun
pada hari ketujuh Allah beristirahat dan berbaring di ‘Arsy-Nya kerana letih.
Teori Sains
Big Bang Theory Teori ini mengatakan bahawa alam semesta ini bermula
dari satu titik yang sangat tumpat. Titik itu kemudiannya mengembang
dan terus mengembang sehingga kini dan menjadi alam semesta yang
sangatlah luas dan meliputi galaksi, planet, bintang, satelit dll.