Sebilangan besar mengatakan ini merujuk kepada lautan
bumi. Masjur, iaitu, laut akan dinyalakan dengan api pada
hari kiamat seperti yang Allah katakan dalam ayat yang lain.
Asbabun Nuzul
Dalam ayat ini Allah bersumpah, Demi al-Bahrul-Masjur (laut yang di
dalamnya ada api) yakni laut yang tertahan dari banjir kerana kalau laut itu
dilepaskan, ia akan menenggelamkan semua yang ada di atas bumi
sehingga haiwan dan tumbuh-tumbuhan semuanya akan habis musnah.
Maka rosaklah aturan alam dan tidaklah ada hikmah alam ini dijadikan.
Teori Sains
Bumi terbahagi keapada beberapa lapisan, tetapi lapisan mantel yang berkait dengan letusan
gunung berapi. Apabila suhu dari teras bumi menjadi lebih tinggi, terjadinya bahagian bawah mantel
dan berlaku perolakan di atmosfera. Perolakan dalam mantel pula memberi kesan kepada
pergerakan plat-plat yang membentuk bumi. Kebanyakan gunung berapi terbentuk di sempadan plat
namun ada juga yang terdapat di tengah plat.Hanya plat yang bergerak di atas titik panas lalu
membentuk gunung berapi. Gunung berapi yang jauh dari titik panas akan terbantut. Selepas
berlakunya letusan gunung berapi bawah air, pulau gunung berapi akan terbentuk di permukaan air.
Letusan gunung berapi juga memberikan kesan buruk apabila ombak gempa bumi menghempas
pantai seperti berlakunya bencana tsunami.