Created by Stephanie_Lee
over 10 years ago
|
||
Question | Answer |
Seseorang yg menunjukkan sifat sebenarnya setelah lama berdiam diri | Seperti harimau menunjukkan belangnya |
Buat baik mengikut kemampuan, berbuat jahat jangan sekali | Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali |
insaf kesalahan diri dan tidak mengulangi kesalahan lagi | Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan |
Orang yang berbuat jahat,akhirnya akn mendapat balasan | Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjatuh ke tanah juga |
apabila seseorang dlm keluarga menghadapi kesusahan, ahli yang lain akan terasa juga | Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit |
bersama-sama menikmati, bersama-sama menghadapi | berat sama dipikul, ringan sama dijinjing |
berbincang utk mendapat sesuatu persetujuan | bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat |
kerja sudah siap, baru membuat aduan | rumah sudah siap, paha masih berbunyi |
membuat sesuatu apabila disuruh | seperti pahat dengan penukul |
apabila menghadapi masalah, kawan tidak bantu | rumah terbakar tikus habis keluar |
waktu senang pun kita berasa susah, apa lagi waktu susah | sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula keramau panjang |
sesiapa yg melakukan kesalahan, dialah yang bersalah apabila orang lain menyindir | Siapa makan cili dialah berasa pedas |
Bersama-sama menghadapi masalah | Sakit sama mengaduh, luka sama menunjuk |
Sesiapa yang berbuat salah, dialah yang menanggung | Sesiapa makan nangka, maka kena getahnya |
Kita tdk akn menikmati keuntungan sepanjang masa, kita mungkin bernasib malang dalam sekelip mata | Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata |
sangat degil | dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus |
pertelingkahan tidak berpanjangan apabila bermaaf-maafan | Air dicincang tidak akan putus |
dlm keadaan huru-hara tentu ada org yg mendapat keuntungan | jong pecah, yu kenyang |
pendiam tetapi berilmu | diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat |
seseorg ahli keluarga mendapat susah yang lain terasa juga | telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya |
manusia perlu bersatu hati utk menjayakan sesuatu | bulat air oleh buluh, bulat manusia oleh muafakat |
banyak org banyak perangainya | banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam |
mendapat sesuatu yg diingini | orang yang mengantuk disorongkan bantal |
setiap orang mempunyai pendapat yg berlainan | lain dulang lain kaki, lain orang lain hati |
kalau asalnya bersikap baik, ke mana-mana sahaja, dia akan menjadi baik | kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau |
lebih baik kita mati daripada dipandang rendah | biar berputih tulang, jangan berputih mata |
mencapai keuntungan sementara ada kekacauan | menangguk di air keruh |
ditimpa bencana berturut-turut | bagai jatuh ditimpa tangga |
segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya | laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidap ditimpa hujan |
terhindar daripada sesuatu kemalangan, mendapat kemalangan lain yang lebih besar pula | terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau |
org yg menjadi org tengah kpd dua pihak, akhirnya mendpt keuntungan drp kedua-dua pihak itu | seperti gergaji dua mata |
melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri | ukur baju di badan sendiri |
org yg baik walau di mana sekalipun akn dimuliakan juga | umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga |
adat yg tidak berubah-ubah walaupun masa berlalu | tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas |
kehidupan yg miskin | kais pagi makan pagi, kais petang makan petang |
beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendpt juga | hati gajah sama dialapah, hati kuman sama dicecah |
mengikut adat di mana kita berada | di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung |
menyesuaikan diri mengikut adat resam tempatan | masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang lembu menguak |
tuah tdk diperoleh dgn mudah | yang bulat tidak menggolek, yang pipih tidak datang melayang |
terlalu banyak pada suatu masa | bak cendawan tumbuh selepas hujan |
kita terpaksa bersusah-susah dahulu utk mencapai kemenagan | beralat-alat ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dauhulu, bersenang-senang kemudian |
adat resam sangat penting dlm masyarakat kita | biar mati anak, jangan mati adat |
yg diusahakan tdk dpt yg ada pula hilang | yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran |
sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung pada yg kaya | di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala |
betapa susah org yg melihat kesusahan yg ditanggung oleh org yg lain, terlebih susah org yg menanggungnya | betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul |
kita perlu rajin berusaha utk mencapai kejayaan | rajin dan usaha tangga kejayaan |
pekerjaan yg lambat mendatangkan hasil yg baik | Seperti cencaru makan petang |
org yg baru pulang dn merantau tetapi perangainya seperti dahulu juga | Seperti gagak pulang ke benua |
jika ada azam, apa-apa yg dihajati dpt dicapai | di mana ada kemahuan, di situ ada jalan |
apabila seseorg jutawan mati, tentu banyak meninggalkan harta | gajah mati, tulang setimbun |
dlm keadaan yg mencemaskan dn berbahaya | jiwa bergantung di hujung rambut |
org yg mementingkan diri sendiri | enau belukar melepaskan pucu masing-masing |
org yg mengikut sahaja suruhan org lain | Seperti kerbau dicucuk hidung |
perlawanan yg tidak sebanding antara orang yg lemah dan kuat | seperti mentimun dengan durian |
memelihara anak dgn penuh kasih sayang | Bagai menatang minyak yang penuh |
org yg berilmu tdk mahu menunjukkan kebolehannya | Seperti harimau menyembunyikan kukunya |
cantik tetapi tdk berbudi | Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak |
kita mencapai sesuatu melalui perbincangan | bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat |
pemuda merupkan harapan bangsa dn negara | Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara |
org yg sama taraf | Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi |
Tabiat yg baik perlu dipupuk sejak kecil | Jika melentur buluh, biarlah dari rebungnya |
Membuat sesuatu mestilah gigih sehingga berjaya | Genggam bara api, biar sampai jadi arang |
jika ada perpaduan, kita mempunyai tenaga yg kuat, tenaga menjadi lemah jika kita tdk bersatu padu | Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh |
Apa yg kita dengar adalah lebih baik daripada sebenarnya | Indah khabar daripada rupa |
walaupun baik negeri lain tetapi negeri sendiri menjadi pilihan | Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di tanah air sendiri |
org yg banyak menggembara banyak pengalaman dn luas pengalaman | Jauh perjalanan luas pandangan |
menghadapi kesusahan dan menikmati kesengangan bersama-sama | bukit sama didaki, lurah sama dituruni |
jika kita tidak berusaha, kita tidak akn mencapai kejayaan | Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya |
Want to create your own Flashcards for free with GoConqr? Learn more.